Polisi Jantina

Pihak pengurusan KHB akan memberi perhatian sepenuhnya untuk melindungi hak-hak pekerja, pematuhan terhadap undang-undang dan perjanjian berlandaskan polisi-polisinya dengan mengguna pakai komponen-komponen polisi utama di dalam operasi dan pengurusan syarikat bagi proses pengeluaran minyak sawit mampan. Oleh itu, syarikat kami akan mematuhi peruntukan undang-undang semasa dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Selaras dengan polisi ini, kami akan:

  • Berusaha mencegah gangguan seksual dan lain-lain bentuk keganasan terhadap kaum wanita, pekerja dan komuniti.
  • Mewujudkan prosedur dan mekanisme spesifik yang diterima oleh semua pihak dalam menangani aduan dan rungutan tentang isu-isu berkaitan jantina.
  • Menyediakan latihan dan pembangunan yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran, kemahiran dan kefahaman pekerja tentang polisi ini.
  • Menyedia dan mewujudkan peluang untuk membangunkan kepimpinan pekerja wanita di semua peringkat.
  • Memastikan penyertaan berkesan kaum wanita di dalam proses membuat keputusan dengan menggalakkan mereka menyertai jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada seperti jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Menubuhkan jawatankuasa jantina bagi memantau perlaksanaan polisi ini.
  • Polisi ini harus dikomunikasi, diterangkan dan difahami oleh semua pekerja, termasuk kontraktor dan atau pihak-pihak berkepentiangan yang lain.

 

Approved By :

Mr. Ho Sui Ting

Chief Plantation Officer

7 January 2015